Maxis lancar filem sempena Hari Kebangsaan

Maxis telah melancarkan filem bagi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, “Apalah Generasi ini?” yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube.
Maxis telah melancarkan filem bagi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, “Apalah Generasi ini?” yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube.
A
A
A

SHAH ALAM - Maxis telah melancarkan filem bagi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Apalah Generasi ini? untuk mengiktiraf belia Malaysia sebagai pemimpin kini dan masa depan.

Ketua Jenama dan Pemasaran, Maxis, Tai Kam Leong berkata, filem itu memberi penghormatan kepada belia sebagai pembentuk budaya dan pemacu ekonomi digital, selain meraikan semangat mereka yang berani dan progresif dalam menghadapi kemungkinan baharu.

Menurutnya, Apalah Generasi ini? mengikuti cabaran beberapa anak muda tempatan yang cuba mencari pekerjaan dalam masyarakat yang patuh dengan norma baharu.

“Respons temu duga mereka didedahkan dengan cara yang unik dan kita akhirnya mendapati bahawa individu-individu ini ialah pencipta kandungan dan pembuat video yang mempunyai kemahiran digital untuk berkembang maju pada masa hadapan. Pendapatan daripada pekerjaan mereka yang bergantung pada Internet pula disumbangkan kepada komuniti B40.

“Generasi baharu Malaysia telah menginspirasikan kami untuk menerapkan semangat Terus Menerajui, sambil mentakrifkan semula semangat hidup, bekerja dan berhibur dalam dunia digital ini. Kami berharap untuk menyumbang kepada aspirasi negara untuk Teguh Bersama,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, Maxis fokus dalam memperkasakan mereka dengan alat dan kemahiran digital untuk berkembang maju kerana yakin generasi ini merupakan teras kepada ekonomi digital Malaysia.

Untuk menonton filem itu, orang ramai boleh melihatnya di saluran YouTube https://youtu.be/r-74sXnpmQ0.

Sementara itu, Kam Leong berkata, bersempena dengan sambutan peringkat kebangsaan, Maxis menyasarkan 300 peserta menyertai bengkel eKelas Usahawan edisi Hari Malaysia yang diadakan secara dalam talian pada 24 September 2022.

Artikel Berkaitan:

“Memfokuskan usahawan wanita daripada komuniti B40, eKelas Usahawan merangkumi siri bengkel pemasaran digital dengan pendekatan praktikal dan amali untuk memperkasakan usahawan.

“Modul-modulnya adalah seperti panduan dan kemahiran asas pemasaran, fotografi digital, penulisan naskhah iklan, serta kempen pengiklanan melalui platform dalam talian dan media sosial,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!