JKNK arah dua kedai kotor ditutup di Kota Bharu

JKNK mengarahkan dua premis perniagaan makanan di Kota Bharu ditutup selepas gagal mencapai standard kebersihan ditetapkan oleh KKM pada Rabu.
JKNK mengarahkan dua premis perniagaan makanan di Kota Bharu ditutup selepas gagal mencapai standard kebersihan ditetapkan oleh KKM pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan dua buah premis perniagaan makanan di sini ditutup selepas gagal mencapai standard kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Husin berkata, arahan penutupan premis itu selama dua minggu dibuat mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Menerusi Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 08/2022, JKNK telah memeriksa 50 buah premis makanan di Bandar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Jalan Bayam dan Jalan Kuala Krai yang menjadi tempat tumpuan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 116 notis kompaun telah dikeluarkan oleh JKNK kepada pemilik premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan selepas melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Dr Zaini berkata, JKNK akan terus melakukan operasi bagi memastikan makanan yang disediakan adalah selamat untuk pelanggan.

"Saya menasihatkan agar pengusaha premis mematuhi peraturan dari pelbagai aspek kebersihan agar menjamin keselamatan makanan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh melayari laman sesawang http://jknkelantan.moh.gov.my/v3/ atau http://www.facebook.com/HealthofKelantan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!