Arsenal lepaskan Pepe kepada Nice

Pepe akan beraksi bersama Nice dalam saingan Ligue 1 di Perancis untuk tempoh setahun. - Foto Agensi.
Pepe akan beraksi bersama Nice dalam saingan Ligue 1 di Perancis untuk tempoh setahun. - Foto Agensi.
A
A
A

PEMAIN antarabangsa Ivory Coast, Nicolas Pepe akan berubah 'angin' beraksi di Perancis bersama kelab Nice bermula musim baharu ini.

Pemain berusia 27 tahun itu dipinjamkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal kepada Nice menerusi perjanjian selama setahun, kata kelab dari French Riviera itu pada Rabu.

Pepe menyertai The Gunners dari Lille pada Ogos 2019 dan bermain 111 kali buat kelab yang berpangkalan di London itu.

Tiada klausa membabitkan pembelian dan pemain berusia 27 tahun itu boleh kembali ke kancah saingan EPL musim depan.

Arsenal dalam satu kenyataan menyebut, semua orang di kelab mengucapkan selamat buat Nico di Perancis bersama Nice musim depan.

"Pemain sayap itu menamatkan musim selepas penampilan pertama dalam kesebelasan utama untuk final Piala FA 2020, membantu untuk gol kemenangan 2-1 mengatasi Chelsea," kata Arsenal.

Nice yang dimiliki usahawan petrokimia, Jim Ratcliffe berkedudukan kelima Ligue 1 musim lalu.

Kelab itu juga sudah menambah seorang lagi bekas pemain The Gunners, Aaron Ramsey selain penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel.

Artikel Berkaitan:

Mereka dalam misi untuk mencabar penguasaan Paris St-Germain dalam bola sepak Perancis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!