Venezuela elak jadi seperti Syria

Jorge Arreaza. - Foto AFP
Jorge Arreaza. - Foto AFP
A
A
A

DAMSYIK - SYRIA. Kerajaan Venezuela dilapor mahu mengelak perang saudara ala Syria, kata menteri luar negara itu ketika lawatan ke Damsyik.

Menteri Luar Jorge Arreaza berkata, kemelut politik Venezuela melibatkan Presiden Nicolas Maduro dan pemimpin pembangkang, Juan Guaido diburukkan lagi dengan campur tangan Amerika Syarikat (AS).

Merujuk kepada situasi itu, Arreaza memaklumkan kerajaannya akan terus bergantung kepada diplomasi untuk mengelakkan berlakunya perang seperti di Syria.

"Terdapat persamaan antara situasi sebelum dan semasa awal permulaan perang Syria dengan apa yang berlaku di Venezuela sekarang.

"Kedua-dua negara (Syria dan Venezuela) mempunyai musuh yang sama," kata Arreaza merujuk kepada AS.

Susulan pertemuan dengan Presiden Bashar al-Assad semalam, Arreaza menekankan pengalaman Syria memberi garis panduan kepada Venezuela untuk menangani konflik di Caracas.

Sementara itu, Presiden Assad turut mengutuk tindakan Washington mencampuri urusan dalaman Venezuela, dan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap negara Amerika Selatan itu.

Beliau turut memberi gambaran, apa yang sedang berlaku di Venezuela sama seperti yang terjadi di Syria sebelum ini dan konflik harus cuba diselesaikan dengan segera. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!