Kanak-kanak maut jatuh balkoni tingkat sembilan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai terjatuh dari balkoni tingkat sembilan di perumahan Sri Sabah, Cheras pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata laporan berkaitan kejadian diterima kira-kira jam 11.54 pagi daripada orang awam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang berumur lima tahun itu telah terjatuh dari balkoni dapur rumahnya.

"Ibu dan adik mangsa berada di rumah ketika kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu.

"Bagaimanapun ibu mangsa tidak menyedari mangsa berada di dapur rumah ketika itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mangsa yang dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) oleh ibunya bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.

"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!