Lebih 43 hektar sawah padi ditenggelami air

Pesawah menunjukkan air bertakung dalam sawah yang menyebabkan mereka tidak dapat mengusahakan sawah masing-masing.
Pesawah menunjukkan air bertakung dalam sawah yang menyebabkan mereka tidak dapat mengusahakan sawah masing-masing.
A
A
A

ALOR SETAR - Lebih 43 hektar sawah padi di Kampung Sungai Mati Teluk Chengai di sini tidak dapat diusahakan kerana ditenggelami air sejak dua tahun lalu.

Seorang pesawah, Halijah Ahmad, 47, berkata, dia mengusahakan sawah hampir lima hektar sejak 2011 namun kira-kira satu hektar sahaja membuahkan hasil manakala selebihnya ditumbuhi padi angin.

Kata Halijah, sawah miliknya digenangi air menyebabkan benih padi rosak selepas kerja-kerja menabur.

"Masalah ini sudah lama berlarutan dan kami sangat buntu kerana aduan telah dibuat beberapa kali kepada pihak berwajib," katanya ketika ditemui di sini, pada Jumaat.

Halijah
Halijah

Menurut Halijah, tandop air dibuka oleh penjaga pada masa tertentu untuk membolehkan air mengalir keluar namun belum sempat air sawah kering, tandop itu ditutup semula.

"Ini menyebabkan kawasan sawah kami menerima akibat apabila air dari kawasan atas turun dan berkumpulserta memenuhi sawah," katanya.

Seorang lagi pesawah, Mohd Zaini Ramli, 41, berkata, sawah seluas 2.2 hektar yang diusahakannya juga tidak membuahkan hasil malah terpaksa menanggung kos kerugian sekitar RM20,000.

Artikel Berkaitan:

"Modal dikeluarkan hangus sekelip mata sebab saya terpaksa ulang buat kerja sawah dua kali.

"Apabila kali kedua sawah tenggelam, saya berhenti kerana modal sudah habis, malah ada upah pekerja belum saya bayar," katanya.

Norzeri Abdullah, 62, pula berkata, sawah seluas dua hektar yang diusahakannya juga tidak mengeluarkan hasil.

Mohd Zaini
Mohd Zaini

"Sebelum masalah ini berlaku, saya dapat menikmati hasil kira-kira RM10,000 setiap kali menuai.

"Sekarang semua sia-sia. Tambah pula cuaca tidak menentu. Jika hujan lebat, sawah ibarat seperti laut," katanya.

Tambah Norzeri, pesawah berharap masalah itu dapat diatasi segera supaya mereka dapat mengusahakan sawah dengan baik bagi musim akan datang.

Pesawah menunjukkan padi angin tumbuh dan memenuhi kawasan sawah di Kampung Sungai Mati Teluk Chengai.
Pesawah menunjukkan padi angin tumbuh dan memenuhi kawasan sawah di Kampung Sungai Mati Teluk Chengai.

"Kalau berterusan begini, mungkin sawah di sini akan jadi tanah terbiar. Tiada siapa mahu usahakan sawah jika hanya menanggung rugi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!