Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Skandal LCS: Rafizi cabar Abd Latiff kemuka saman 

26 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 26 OGOS 2022

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad supaya memfailkan saman serta-merta terhadap dirinya jika semua dakwaan yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Mersing dan isterinya dalam penyelewengan projek kapal pesisir (LCS) itu tidak benar.

Rafizi juga turut mendesak Datuk Dr Abd Latiff supaya mengambil tindakan sama terhadap Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) yang mengeluarkan laporan forensik mengenai LCS dan Alliance IFA (M) Sdn Bhd yang bertindak sebagai juruaudit sekiranya semua pendedahan itu palsu.

Menurutnya, jawapan balas terbaharu yang diberikan menteri kabinet itu bahawa isteri-isterinya tiada bernama Zainab Mohd Salleh yang dikaitkan dengan isu projek berkenaan disifatkan sebagai penafian di Facebook semata-mata.

Artikel penuh

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #KapalLCS #SinarHarian