Taliban sekat lebih 23 juta laman web tidak bermoral
MOSCOW - Taliban telah menyekat lebih 23 juta laman web tidak bermoral, lapor Sputnik, memetik Pemangku Menteri Perhubungan dan Penerangan, Najibullah Haqqani.
"Kami telah menyekat 23.4 juta laman web.
"Mereka menukar laman sesawang mereka setiap kali disekat. Jadi, apabila anda menyekat satu laman web, satu lagi akan aktif,” kata Haqqani kepada penyiar TOLONews, pada Khamis.
Beliau turut mengkritik rangkaian media sosial Facebook kerana tidak memberi kerjasama sewajarnya.
Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afghanistan pada Ogos 2021. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!