Pakistan minta bantuan antarabangsa hadapi bencana banjir

Banjir besar melanda Pakistan menyebabkan lebih 30 juta rakyatnya hilang tempat tinggal. - Foto Xinhua
Banjir besar melanda Pakistan menyebabkan lebih 30 juta rakyatnya hilang tempat tinggal. - Foto Xinhua
A
A
A

NEW DELHI - Pakistan memohon bantuan antarabangsa dalam menghadapi kesan daripada bencana banjir besar yang menyebabkan lebih 30 juta rakyatnya hilang tempat tinggal.

Negara itu telah menyaksikan kitaran hujan lebat sebanyak lapan kali sewaktu musim tengkujuh baru-baru ini, menurut Menteri Perubahan Iklim, Sherry Rehman.

Pada kebiasaannya hujan monsun berlaku sekitar tiga hingga empat kali.

Pakistan memerlukan bantuan antarabangsa untuk menghadapi malapetaka itu, katanya dalam wawancara di televisyen.

Barangan keperluan seperti khemah, kelambu dan kain terpal diperlukan untuk penduduk yang terjejas banjir.

"Kami telah menghubungi penderma, negara yang mesra dan institusi kewangan antarabangsa untuk mendapatkan bantuan bagi menangani bencana banjir," kata Perdana Menteri, Shehbaz Sharif. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!