Perak FC kini anak syarikat milik penuh XOX Berhad

No Image Caption
A
A
A

ANAK syarikat milik XOX Berhad, XOX Pro Sport Sdn Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan Perak FC Sdn Bhd.

XOX menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengambilalihan itu selaras dengan strategi XOX Pro Sport untuk menumpukan sepenuhnya pada pemasaran dan pengurusan sukan.

"Ianya memang misi XOX untuk terlibat secara aktif dalam sukan sekali gus memupuk bakat sukan akar umbi tempatan serta membina warisan kelab itu.

"Lembaga pengarah dan eksekutif XOX akan menyerahkan tanggungjawab kepada pihak pengurusan Perak FC dalam operasi harian yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Bobie Farid Shamuddin," katanya di sini pada Jumaat.

Tambah kenyatan itu, pihaknya berharap ia akan mengembalikan kestabilan dan kejayaan untuk Perak FC.

"XOX akan memastikan bahawa secara kolektif, ia akan mendatangkan manfaat peluang dan perkongsian komersil serta membina ekosistem yang mantap untuk meningkatkan mutu rangkaian dan barangan penawarannya kepada orang ramai.

"XOX berharap dengan pengumuman ini, ia akan memberikan semua penyokong rasa kestabilan dan keselamatan selepas mengetahui bahawa kelab itu berada dalam tangan yang selamat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!