Dua maut, dua cedera insiden kereta di Sibu

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Ulu Oya di Sibu, awal pagi Sabtu.- Gambar hiasan
Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Ulu Oya di Sibu, awal pagi Sabtu.- Gambar hiasan
A
A
A

SIBU - Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Ulu Oya di sini, kira-kira 13 kilometer dari pusat bandar awal pagi Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 2.15 pagi Sabtu.

Menurutnya, dalam kenderaan pertama seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan penumpang di bahagian belakang maut, manakala seorang pemandu lelaki cedera parah.

"Seorang penumpang wanita yang duduk di kerusi penumpang depan berjaya keluar dari kereta sebelum pasukan bomba tiba.

"Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sibu,” katanya.

Beliau berkata pemandu sebuah lagi kenderaan terlibat tidak mengalami kecederaan.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!