Conte harap Spurs terus cemerlang

Gandingan Harry Kane (kanan) dan Son Heung-Min mampu menjadi 'pemusnah' Forest pada Ahad. - Foto 90 minutes
Gandingan Harry Kane (kanan) dan Son Heung-Min mampu menjadi 'pemusnah' Forest pada Ahad. - Foto 90 minutes
A
A
A

SETELAH berjaya menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 minggu lalu, kesebelasan Tottenham Hotspur diharap untuk terus cemerlang berdepan Nottingham Forest pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground pada Ahad.

Pengendali Spurs, Antonio Conte berkata, skuad kendaliannya itu perlu meneruskan momentum kemenangan untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas bersama Leeds United, Manchester City dan Arsenal.

“Kita perlu meneruskan kecemerlangan ini bagi mengekalkan kedudukan di kelompok teratas liga.

“Walaupun masih di peringkat awal, tetapi kita perlu konsisten bagi memastikan kedudukan baik kita ini tidak tergugat.

“Oleh itu, kesemua pemain perlu memberikan aksi terbaik dan memastikan kita berjaya meraih tiga mata berharga kali ini,” katanya.

Spurs kini berada pada kedudukan keempat EPL setelah mengharungi tiga perlawanan dan dilihat berpeluang melonjak pada kedudukan lebih baik selepas ini.

Sementara itu, Conte turut menyuarakan kebimbangan terhadap masalah kecederaan beberapa tonggak seperti Christian Romero, Oliver Skipp, Lucas Moursa dan Bryan Gil menjelang aksi berdepan Forest.

Katanya, pilihan akhir juga sedang dilakukan bagi menentukan senarai akhir pemain yang bakal beraksi di City Ground.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan lakukan pemeriksaan akhir terhadap kesemua pemain ini bagi memastikan situasi terkini mereka sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!