Cabaran besar Forest berdepan Spurs

Kesebelasn Forest mahu lakar kemenangan ke atas Spurs. - Foto Getty Images
Kesebelasn Forest mahu lakar kemenangan ke atas Spurs. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Nottingham Forest, Steve Cooper mahu skuad kendaliannya itu bersedia mengharungi ‘cabaran’ besar musim ini apabila menerima kunjungan Tottenham Hotspur bagi saingan Liga Perdana Inggeris di City Ground pada Ahad.

Bagaimanapun menurut Cooper, kejayaan mara ke pusingan ketiga Piala Liga setelah menewaskan Grimsby Town 3-0 baru-baru ini diharap dapat menjadi bekal semangat buat kesebelasan The Reds itu untuk berdepan Spurs.

“Ia merupakan satu cabaran besar buat kita apabila berdepan dengan sebuah pasukan hebat seperti Spurs.

“Mereka ada jurulatih serta pemain yang terbaik dan yang membimbangkan kita adalah mereka sentiasa berbahaya sama ada ketika mengawal bola mahupun ketika kehilangan bola.

“Bagaimanapun, kita akan cuba sedaya upaya untuk menyaingi mereka dan menjadikan City Ground sebagai venue yang sukar untuk ‘ditakluki’ oleh mana-mana pasukan selepas ini,” katanya.

Untuk rekod Forest kini berada pada kedudukan ke-10 EPL berbanding Spurs yang berada pada kedudukan keempat.

Sementara itu, Cooper berkata, kesebelasan Forest juga diminta agar tidak terlalu menghormati lawan dan memberikan tentangan secukupnya pada Ahad.

“Kita mahu menjadikan kehadiran semula Forest dalam saingan EPL sebagai sesuatu yang cukup bermakna dengan melakar lebih banyak kejayaan.

Artikel Berkaitan:

“Kita pernah berada di sini (EPL) dan kini kita kembali. Sudah semestinya kita mahu menjadi antara yang terbaik,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!