Eksport Johor meningkat lebih 42 peratus pada Julai

Dagangan eksport Johor mencatatkan peningkatan tertinggi sebanyak RM9.3 bilion kepada RM31.1 bilion pada Julai lepas. - Foto Arkib
Dagangan eksport Johor mencatatkan peningkatan tertinggi sebanyak RM9.3 bilion kepada RM31.1 bilion pada Julai lepas. - Foto Arkib
A
A
A

DAGANGAN eksport Johor mencatatkan peningkatan tertinggi sebanyak RM9.3 bilion (42.6 peratus) kepada RM31.1 bilion pada Julai lepas.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ini menunjukkan jumlah pengeluaran produk yang tinggi daripada perniagaan di Johor serta merupakan indikasi kepada jumlah dan peluang pekerjaan di negeri ini.

Katanya, nilai import Johor turut meningkat RM7.1 bilion (40.8 peratus) kepada RM24.4 bilion bagi tempoh yang sama dan ini menunjukkan permintaan domestik yang tinggi dalam ekonomi negeri yang sedang berkembang.

"Selain jumlah pelaburan yang kian meningkat masuk ke Johor, angka sebegini akan menyuntik lagi semangat kerajaan negeri untuk terus memacu pembangunan agar negeri ini kekal menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasminya pada Sabtu.

Onn Hafiz mengucapkan syabas kepada pihak swasta dan awam yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan Johor terus menjadi negeri dagangan yang ulung.

"Semoga semua usaha ini akan membantu Johor mencapai status maju menjelang 2030, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan hidup rakyat pada masa akan datang,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!