Piala Dunia Wanita Bawah 17 Tahun FIFA 2022 diteruskan

India akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Bawah 17 Tahun FIFA 2022 pada hujung tahun ini. - Foto EPA
India akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Bawah 17 Tahun FIFA 2022 pada hujung tahun ini. - Foto EPA
A
A
A

FIFA telah menarik balik penggantungan yang dikenakan ke atas Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) baru-baru ini, membolehkan India menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Bawah 17 Tahun FIFA 2022 hujung tahun ini.

Menurut badan bola sepak dunia itu, AIFF digantung pada 16 Ogos kerana pengaruh tidak wajar daripada pihak ketiga dalam hal ehwal badan bola sepak India itu dan ia merupakan pelanggaran serius statut FIFA.

"Keputusan itu dibuat selepas FIFA menerima pengesahan bahawa mandat jawatankuasa pentadbir yang ditubuhkan untuk memikul kuasa Jawatankuasa Eksekutif AIFF telah ditamatkan dan pentadbiran AIFF telah mendapat semula kawalan penuh terhadap hal ehwal harian AIFF," kata FIFA berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Berikutan itu, Piala Dunia Wanita B-17 FIFA 2022 yang dijadual berlangsung pada 11 hingga 30 Oktober 2022 akan berlangsung di India seperti yang dirancang," kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!