Syed Saddiq gesa segera laksana Akta Kerja 1955 (Pindaan)

SYED SADDIQ
SYED SADDIQ
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa agar Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan segera dilaksanakan.

Beliau menyifatkan tindakan itu menunjukkan kerajaan seolah-olah tidak mengambil berat akan kebajikan pekerja.

“Akta Kerja (pindaan) dah lulus Mac lepas, tetapi menteri umum untuk tangguh semalam (Jumaat).

“Empat bulan dia tangguh pindaan yang sepatutnya sudah boleh dikuatkuasakan segera. Kenapa seolah-olahnya tidak kisah dengan kebajikan golongan pekerja?

“Saya pasti ramai yang ternanti-nanti penguatkuasaan Akta Kerja (Pindaan) yang sepatutnya bermula pada 1 September ini, hanya lebih kurang seminggu sahaja lagi. Tapi itulah, menteri dah umum untuk tangguh ke tahun hadapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang dijadualkan bermula pada 1 September ini ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan pada Jumaat berkata, penangguhan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mempersoalkan alasan penangguhan yang mana pihak industri memerlukan lebih masa untuk melaksanakan akta tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Persoalan saya kenapa ? Ini kerana, akta ini telah pun diluluskan pada Mac. Cuba kalau akta ini dapat memberikan menfaat kepada menteri atau ahli politik yang lain?

“Pasti hari ini lulus, esok dah kuatkuasakan! Jangan cari alasan, tapi segeralah laksanakan!” tegas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!