Perbuatan laga-lagakan dalam politik perlu dihentikan

Md Alwi (tengah) menunjukkan gula dan minyak masak yang turut dijual di Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) 2.0 di Dun Kok Lonas, Kota Bharu.
Md Alwi (tengah) menunjukkan gula dan minyak masak yang turut dijual di Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) 2.0 di Dun Kok Lonas, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Perbuatan melaga-lagakan individu dalam politik perlu dihentikan segera bagi memberi tumpuan kepada persediaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha UMNO Kelantan, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata, parti itu perlu berusaha keras untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan bersama-sama menyatukan serta mengharmonikan negara.

Katanya, ini bukanlah masa untuk bermain dan bertelagah kerana PRU15 bakal menjelang tiba dan paling penting mandat rakyat tidak boleh dipermainkan.

“Saya paling sedih apabila macam-macam spekulasi timbul yang boleh menyebabkan gundah-gulana. Misalnya nak buang Perdana Menteri, nak itu, nak ini, semua itu tak betul.

"Melaga-lagakan orang itu dengan orang ini, hentam, mengutuk, mencerca dan mencaci,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) 2.0 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lonas di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kusuadi Sallih.

Md Alwi ketika tanya peluang BN pada PRU15, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas itu memberitahu, ahli dan kepimpinan parti tersebut hanya memberi fokus berkhidmat kepada rakyat terlebih dahulu.

“Nak berlawan, berlawanlah tapi tunggu pilihan raya, sekarang ini buat kerja dulu, kutip markah dengan ALLAH dan manusia.

“Penubuhan parti sama ada UMNO, PKR atau Pas semuanya untuk tujuan yang sama bagi membela agama, bangsa dan negara,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!