Kepulauan Conflict mungkin dijual kepada China
MELBOURNE - Kepulauan Conflict yang terletak di Papua New Guinea kemungkinan akan dijual kepada China oleh pemiliknya yang merupakan seorang pelabur, Ian Gowrie-Smith.
Pada bulan Jun lalu, Smith telah menghantar e-mel kepada Menteri Luar Austrakia, Penny Wong pada Jun lalu dengan tawaran untuk menjualnya pada harga AS$25 juta (RM111.69 juta) pada harga diskaun.
Kepulauan kecil itu terletak berhampiran salah satu laluan perkapalan utama Australia dan tiga kabel yang membawa data Australia di dasar lautan sekali gus menimbulkan kepentingan keselamatan negara tersebut.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese baru-baru ini berkata, pembayar-pembayar cukai di negara itu tidak akan membeli kepulauan peribadi itu.
Smith yang merupakan warga Austalia mengesahkan kepada stesen penyiaran 9 Now baru-baru ini di negaranya bahawa ejennya sedang berbual dengan pembeli dari China tentang penjualan tersebut.
Kepulauan kecil itu menempatkan 30 penduduk tetap, program pemuliharaan penyu, pusat peranginan kecil, dan tanah yang mencukupi untuk landasan terbang strategik sepanjang 3,000 meter. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!