Sukma 2022: Kelantan tawar insentif atlet raih emas

Wan Roslan
Wan Roslan
A
A
A

KERAJAAN Kelantan akan memberi insentif kepada atlet negeri yang berjaya memenangi pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 Kuala Lumpur berlangsung pada 16 hingga 24 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, tawaran berkenaan dibuat kepada 400 atlet negeri yang akan bertanding di temasya itu.

"Kita akan beri wang tunai kepada mana-mana atlet memenangi emas pada acara yang dipertandingkan. Jumlahnya akan diperincikan kemudian.

"Kita menyediakan peruntukan khas untuk insentif ini bagi meningkatkan semangat atlet untuk bersaing dan mengharumkan nama negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di Kota Bharu pada Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!