[VIDEO] 'Benda tak penting, kita tak bincang'

Datuk Seri Bung Moktar Radin ditemui selepas selesai Mesyuarat Khas MKT UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam Sabtu.
Datuk Seri Bung Moktar Radin ditemui selepas selesai Mesyuarat Khas MKT UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang perbincangan mengenai isu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Sabtu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, fokus perbincangan pemimpin MKT adalah kepada persiapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

"Kenapa pula nak bincang? (isu Ismail Sabri). Benda tak penting, kita tak bincang. Apa yang penting adalah untuk memperkukuhkan parti. (Kita nak) parti kuat dan calon kita menang.

"Fokus pemimpin MKT adalah kepada pilihan raya. Pilihan raya penting untuk menstabilkan ekonomi dan negara," katanya sebaik sahaja selesai Mesyuarat Khas MKT UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada isu membabitkan Ismail Sabri ada dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Tambah Pengerusi UMNO Sabah itu, isu pembubaran Parlimen juga tidak dibincangkan.

"Isu bubar tak ada, itu bukan kerja saya. Kita bincang untuk memperkuatkan parti. Tarikh pilihan raya tak ada, itu hak perdana menteri," katanya.

Ismail Sabri menjadi topik hangat pada sesi Taklimat Khas Presiden UMNO pada petang Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Malah, perwakilan yang hadir juga kerap kali melaungkan 'bubar, bubar, bubar, sebagai memberi isyarat bahawa Ahli Parlimen Bera itu sudah kesuntukan masa dalam memenuhi tuntutan akar umbi UMNO.

Ramai yang menjangkakan mesyuarat pada malam ini akan menjadi hangat, apatah lagi Ismail Sabri tidak hadir pada taklimat khas pada sebelah petang kerana menghadiri program di Pahang.

Kenderaan perisai jenis Mine-Resistant Ambush Protected (MRAP) dilihat berada di parkir WTCKL.
Kenderaan perisai jenis Mine-Resistant Ambush Protected (MRAP) dilihat berada di parkir WTCKL.

Spekulasi bertambah kencang apabila kenderaan perisai jenis Mine-Resistant Ambush Protected (MRAP) dilihat berada di parkir WTCKL.

Bagaimanapun, Ismail Sabri tiba pada jam 8.40 malam menaiki kenderaan rasminya.

Mesyuarat khas itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Mohamad Hasan.

Sementara itu, usaha pihak media mendapatkan ulasan daripada pemimpin MKT lain juga gagal apabila mereka hanya berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaan media.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!