LoanCare mudahkan pemohon pinjaman perumahan tingkatkan kadar kelulusan pinjaman

A
A
A
SYARIKAT digital dalam bidang hartanah, iProperty.com.my, melancarkan ciri terbaharu di laman sesawangnya, LoanCare yang mampu meningkatkan kadar kelulusan pinjaman perumahan.

Menerusi LoanCare, pengunjung laman web iProperty.com.my boleh mencari maklumat terperinci mengenai kelayakan serta pinjaman rumah yang sesuai dengan keperluan masing-masing secara percuma tanpa memerlukan nombor kad pengenalan.

LoanCare juga mampu memberi perbandingan kiraan pinjaman rumah sehingga 10 buah bank berlainan bagi menolong rakyat Malaysia memilih dan meningkatkan peluang kelulusan pinjaman masing-masing.

Salah satu ciri yang ditawarkan LoanCare adalah pengiraan kadar nisbah pembiayaan hutang (DSR) yang merupakan salah satu faktor umum penolakan pinjaman perumahan. DSR digunakan bagi menentukan berapa banyak pendapatan kasar akan digunakan untuk membayar pinjaman dan hutang-hutang bulanan.

Dengan LoanCare, bakal pemohon pinjaman perumahan dapat melihat kadar DSR bank yang berbeza, tanpa berurusan dengan pihak bank.

Pengurus Besar iProperty.com.my, David Mawer berkata, langkah itu bertujuan membantu rakyat Malaysia meningkatkan peluang kelulusan pinjaman perumahan.

Menurutnya, selaras dengan inisiatif kerajaan, iProperty.com.my berharap dapat membantu peningkatan pemilikan rumah dengan harga berpatutan.

"Terdapat pelbagai faktor permohonan pinjaman perumahan yang tidak diketahui secara umum. Maklumat seperti kadar DSR individu serta perbandingan kelayakan sewajarnya mudah didapati dan dikaji selidik sebelum membuat permohonan.

"Menerusi LoanCare, kami berharap dapat bantu rakyat Malaysia membuat keputusan yang cekap secara percuma dengan memberi maklumat telus mengenai proses pinjaman perumahan," katanya.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!