Perlawanan KL City, Mohun Bagan tetap jalan

Windsor Paul
Windsor Paul
A
A
A

PERLAWANAN separuh akhir Antara Zon Piala AFC, Kuala Lumpur (KL) City FC menentang kelab dari India, ATK Mohun Bagan akan diteruskan seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Perlawanan di Kolkata pada 7 September ini diteruskan apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik semula penggantungan sementara dikenakan terhadap Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF).

Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John, keputusan itu setelah badan induk bola sepak dunia tersebut berpuas hati dengan perkembangan terkini berhubung pengurusan bola sepak di India.

“Ya, benar penggantungan sementara terhadap India sudah diketepikan FIFA berikutan isu yang wujud di negara berkenaan sebelum ini.

“Jadi perlawanan separuh akhir Antara Zon Piala AFC akan berlangsung mengikut perancangan ditetapkan sebelum ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Untuk rekod, KL City FC muncul juara Zon ASEAN selepas menewaskan PSM Makassar, 5-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Rabu lalu.

Dalam perkembangan sama, Windsor berkata, pihaknya masih belum menerima laporan penuh insiden pergaduhan dipercayai melibatkan penyokong KL City FC dan PSM Makassar, selepas aksi final Piala AFC Zon ASEAN berkenan.

“Kita masih menunggu laporan penuh mengenai insiden berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!