Arsenal kekal rekod bersih

Pemain-pemain Arsenal meraikan kejayaan mereka menewaskan Fulham dalam aksi yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi Ahad.
Pemain-pemain Arsenal meraikan kejayaan mereka menewaskan Fulham dalam aksi yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi Ahad.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta memuji persembahan yang ditampilkan pasukannya ketika mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Fulham awal pagi tadi.

Menurutnya, meskipun pasukannya melakukan sedikit kesilapan pada awal permainan, namun mereka berjaya bangkit untuk memastikan mengekalkan rekod empat kemenangan berturut-turut masih berpihak kepada Arsenal.

“Kami membuat kesilapan dan mereka (Fulham) memanfaatkan peluang itu untuk menghukum kami dengan menjaringkan gol.

“Bagaimanapun kami segera bertindak balas dengan gol yang dihasilkan lawan dan ia sesuatu yang bagus kepada pasukan dan juga penyokong.

“Mereka mahu memenangi perlawanan itu, mereka berjaya melakukannya dan kami berjaya,” katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Emirates, pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Aleksandar Mitrovic menghukum kesilapan Gabriel untuk memberikan Fulham gol pendahuluan minit ke-56.

Bagaimanapun, Arsenal bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi pemain tengahnya, Martin Odegaard pada minit ke-64.

Tonggak pertahanan Arsenal, Gabriel menjadi wira buat The Gunners apabila menyempurnakan gol selepas pergelutan depan gol hasil sepakan sudut berbaki lima minit.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal kini kekal berada di persada liga dengan mengutip 12 mata tanpa tewas dalam empat perlawanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!