Gabungan hidangan tempatan, antarabangsa di Hotel Premiere
Bertempat di The Buzz Café, konsep itu menggabungkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa yang dimeriahkan dengan dekorasi ala kampung.
Noor Hisham berkata, antara sajian utama kali ini ialah gulai kawah pak long, gulai kambing, ayam golek madu Lembah Pantai, ikan patin rendang masam, kambing ambeler dan pelbagai lagi.
"Pelbagai pencuci mulut turut disajikan, antaranya kuih muih tempatan, kek, pastri, buah-buahan, wafel, dan pankek serta aiskrim Malaysia yang diolah menggunakan resipi istimewa," katanya dalam satu kenyataan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!