PM ajak Keluarga Malaysia pertahan kemerdekaan

Tangkap layar Ismail Sabri menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya pada Ahad.
Tangkap layar Ismail Sabri menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan wira-wira terdahulu menjelang sambutan Hari Kebangsaan, tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata, atas rasa cinta kepada negara, Keluarga Malaysia harus terus bekerjasama dan bersatu padu bagi membangun dan menjaga kedaulatan negara.

"Selamat Hari Kebangsaan 2022. Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Merdeka! Merdeka! Merdeka!,” kata Ismail Sabri menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, pada Ahad.

Hari Kebangsaan 2022 yang bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ bakal disambut Rabu ini seawal 7 pagi di Dataran Merdeka secara besar-besaran dengan sasaran seramai 50,000 pengunjung.

Pelbagai acara menarik diatur bagi menyemarakkan sambutan tahun ini termasuk keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta berkuda Diraja dari Menara DBKL ke Dataran Merdeka. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!