PM India gesa rakyat sertai usaha perangi kekurangan zat makanan
NEW DELHI - Perdana Menteri India Narendra Modi pada Ahad menggesa, rakyatnya menyertai usaha memerangi kekurangan zat makanan pada bulan depan.
Sejak beberapa tahun lalu, India akan meraikan September sebagai "bulan nutrisi", lapor Xinhua.
"Kesedaran sosial memainkan peranan penting dalam menangani cabaran kekurangan zat makanan.
"Saya menggesa anda semua untuk mengambil bahagian dalam usaha menangani kekurangan zat makanan pada bulan depan," kata Modi ketika berucap menerusi sebuah program radio.
Perdana menteri itu berkata, pelbagai inisiatif telah diambil oleh rakyat di peringkat akar umbi bagi memerangi kekurangan zat makanan di negara ini.
Di samping itu, beliau menasihatkan golongan petani untuk menanam bijirin milet secara besar-besaran kerana ia padat dengan "tenaga serta protein". - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!