Sembilan faktor cepat nyanyuk
Kencing manis, darah tinggi adalah antara punca demensia pada usia muda
SHAH ALAM - Pakar psikiatri mendedahkan penyakit kardiovaskular seperti kencing manis dan darah tinggi adalah antara sembilan faktor yang boleh meningkatkan risiko nyanyuk atau demensia pada usia muda.
Selain dua penyakit itu, faktor lain ialah keturunan atau genetik, masalah kemurungan kronik, penggunaan alkohol, pengambilan dadah, kolesterol tinggi yang tidak terkawal, strok dan kecederaan kepada otak (traumatic brain injury) juga turut menyumbang kepada penyakit tersebut.
Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Muna Hamiza Asiff berkata, secara umumnya nyanyuk atau demensia bukanlah satu penyakit yang khusus tetapi adalah istilah umum yang menunjukkan tanda-tanda perubahan dari sudut terjejas keupayaan untuk mengingat, berfikir dan membuat keputusan.
“Orang yang simptomnya bermula semasa mereka berumur di bawah 65 tahun selalunya dikenali sebagai ‘orang muda yang mengalami demensia’ atau mengalami demensia permulaan masa muda.
“Demensia pada usia muda mungkin juga boleh menyebabkan masalah dengan pergerakan, berjalan, koordinasi atau keseimbangan,” katanya kepada Sinar Harian.
* Baca laporan penuh Ancaman Cepat Nyanyuk di Sinar Premium
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!