Himpun anak Kelantan di rantauan

A
A
A

SHAH ALAM - Program Bekwoh Sugho Anok Kelate pada tahun ini berlangsung meriah dan mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan pengunjung.

Malah, program yang bermula jam 8 pagi hingga 5 petang Ahad itu lebih meriah berbanding program sama yang berlangsung sebelum pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, acara yang menghimpunkan anak Kelantan di Lembah Klang itu berjaya menjalinkan hubungan rapat sesama komuniti masyarakat, khususnya bagi anak perantau.

Muhammad Nasir (kiri) dan Md Alwi (tengah) mengacau bubur asyura ketika program yang berlangsung di pekarangan Kompleks Karangkraf pada Ahad.
Muhammad Nasir (kiri) dan Md Alwi (tengah) mengacau bubur asyura ketika program yang berlangsung di pekarangan Kompleks Karangkraf pada Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 31 kawah bubur asyura dimasak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anak Kelantan serta agensi kerajaan.

“Hari ini (Ahad) bilangan kawah lebih daripada program sebelum ini. Seingat saya, sebelum ini lebih kurang 27 kawah sahaja, tetapi kali ini jadi 31 kawah.

Khalid (tengah) menerima cendera hati sempena perasmian program ‘Bekwoh Sugho Anok Kelate 2022' di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Ahad.
Khalid (tengah) menerima cendera hati sempena perasmian program ‘Bekwoh Sugho Anok Kelate 2022' di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Ahad.

“Bilangan orang yang datang juga ramai dan semua gembira mengambil bahagian dalam program Bekwoh Sugho ini,” katanya selepas merasmikan Bekwoh Sugho Anok Kelate 2022 di pekarangan Kompleks Karangkraf di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama pada majlis perasmian ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad; Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

No Image Caption

Sementara itu, Muhammad Nasir berkata, sokongan anak Kelantan di Lembah Klang memainkan peranan penting memeriahkan suasana Bekwoh Sugho Anok Kelate 2022.

Menurutnya, perpaduan hebat komuniti anak-anak perantau itu memberi keyakinan untuk membolehkan program tersebut menjadi acara tahunan.

“Setakat ini, kita ada 54 persatuan gabungan anak Kelantan di Lembah Klang. Kita dapat kumpul dan buat sebanyak 31 kawah (bubur asyura) tahun ini,” jelasnya.

No Image Caption

Bekwoh Sugho Anok Kelate 2022 dianjurkan sempena memeriahkan Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang berlangsung sejak Jumaat hingga 4 September ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!