Benzema muncul wira Real Madrid

Benzema meraikan jaringannya ketika membantu Real menewaskan Espanyol.
Benzema meraikan jaringannya ketika membantu Real menewaskan Espanyol.
A
A
A

DUA gol pada lewat permainan yang dihasilkan ketua pasukan, Karim Benzema memastikan kemenangan 3-1 Real Madrid ke atas Espanyol awal pagi Isnin.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium RCDE, Real terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi pemain sayapnya, Vinicius Junior sebelum kelebihan itu dipadamkan Espanyol menerusi gol Joselu pada penghujung babak pertama.

Bagaimanapun, Madrid berjaya kembali di hadapan pada penghujung perlawanan menerusi Voli dan sepakan percuma Benzema masing-masing pada minit ke-88 dan 90.

“Kunci kemenangan pada perlawanan ini kerana kami menampilkan aksi yang lebih bertenaga berbanding lawan.

“Sebab itu saya mempunyai sebab tersendiri kenapa saya memulakan Modric dan Kroos terlebih dahulu sebelum melakukan pertukaran dengan memasukkan Camavinga dan Rodrygo.

“Kadangkala strategi ini mungkin berhasil dan kadangkala sebaliknya. Bagaimanapun kita perlu ambil risiko untuk mendapat sesuatu kemenangan itu,” kata jurulatih Real, Carlo Ancelotti.

Keputusan itu menyaksikan Real kini mengumpul sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan untuk berkongsi kedudukan teratas dengan Real Betis, yang akan menjadi lawan seterusnya buat pasukan Los Blancos.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!