Lelaki mati ditembak lapan das terlibat kongsi gelap

Seorang lelaki tempatan yang maut akibat terkena lapan das tembakan di Klang baru-baru ini mempunyai rekod terbabit dengan kongsi gelap. - Gambar hiasan
Seorang lelaki tempatan yang maut akibat terkena lapan das tembakan di Klang baru-baru ini mempunyai rekod terbabit dengan kongsi gelap. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang maut akibat ditembak sebanyak lapan kali dari jarak dekat berhampiran rumahnya di Jalan Bawal Tambak 1, Taman Sri Gadong di Klang baru-baru ini didapati mempunyai rekod penglibatan dengan sebuah kumpulan kongsi gelap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, bagaimanapun motif kejadian masih belum diketahui berikutan identiti suspek yang masih belum dapat dikenal pasti.

"Kita masih jalankan siasatan untuk kenal pasti suspek dan barang kes seperti kelongsong peluru apa semua kita telah hantar ke unit balistik untuk pemeriksaan.

"Saya tak nak komen dia punya motif, sama ada kerana dendam atau apa sahaja sebab sebarang kemungkinan boleh terjadi dan mangsa juga ada rekod kongsi gelap," kata pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pada Isnin.

Pada 21 Ogos, media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun maut akibat terkena lapan das tembakan semasa berjalan menuju ke pagar rumahnya.

Dalam kejadian sekitar jam 12.17 tengah malam itu, mangsa dilaporkan maut di lokasi kejadian selepas dipercayai ditembak antara lima hingga lapan das malah turut ditetak menggunakan parang oleh suspek terbabit.

Semakan rekod lampau mendapati mangsa mempunyai 10 rekod kesalahan jenayah termasuk kes jenayah berat melibatkan culik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!