MBPJ lanjut permohonan rebat cukai taksiran rumah mesra alam

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melanjutkan tempoh permohonan skim rebat cukai taksiran bagi pemilik rumah mesra alam Petaling Jaya 2022.

Sekretariat Media, Unit Komunikasi Korporat MBPJ menerusi satu kenyataan berkata, program yang dilancarkan pada 3 Jun lalu itu akan dilanjutkan sehingga 30 September depan.

Menurut kenyataan itu, permohonan boleh dibuat melalui aplikasi MBPJ E-Rebat atau borang permohonan di laman sesawang MBPJ www.mbpj.gov.my.

"Skim ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup penduduk yang mesra alam hijau ke arah menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya hijau berkarbon rendah.

" Rebat cukai taksiran ditawarkan kepada pemilik rumah yang telah mengambil inisiatif menjadikan bangunan kediaman mereka mesra alam hijau dari segi aspek tenaga, air, kepelbagaian biologi, pengurusan sisa buangan dan pengangkutan," menerusi kenyataan pada Isnin.

Tambah kenyataan itu, rebat yang ditawarkan adalah maksima 100 peratus cukai taksiran tahunan atau RM500.

Ujar kenyataan itu, orang awam yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi Sekretariat Pasukan Petugas Low Carbon Green

City of Petaling Jaya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ atau menghubungi talian 03-7954 1440, e-mel skimrebatmbpj2020@gmail.com dan laman web www.mbpj.gov.my.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!