Mendapan tanah di Lestari Perdana pulih dalam tempoh setahun

Keratan laporan Sinar Harian pada 25 Januari lalu. Gambar kecil: Johary
Keratan laporan Sinar Harian pada 25 Januari lalu. Gambar kecil: Johary
A
A
A

SUBANG JAYA - Kerja-kerja membaikpulih kesan mendapan tanah di Lestari Perdana, Seri Kembangan yang berlaku hujung Januari lalu mengambil masa setahun untuk diselesaikan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Datuk Johary Anuar memaklumkan, kerja- kerja pemulihan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan runtuhan yang agak besar.

"Kerja-kerja pemulihan di kawasan tersebut sudah dilaksanakan Jun lalu dan kita jangkakan ia mengambil masa setahun untuk disiapkan kerana melibatkan runtuhan yang agak besar," katanya selepas merasmikan Program Premis Bebas Kompaun di Dewan Kenanga, MBSJ di sini pada Isnin.

Januari lalu, lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, di sini rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!