Tukang cuci didakwa cabul pelajar lelaki dalam tandas

Tertuduh (tengah) ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada Isnin.
Tertuduh (tengah) ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada Isnin.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Seorang tukang cuci dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas dakwaan mencabul seorang pelajar lelaki di dalam tandas sebuah masjid pada 8 Ogos lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Sharonizan Zolkefli, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Noriah Osman.

Tertuduh didakwa mencabul seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di dalam tandas sebuah masjid di Kuala Terengganu.

Dengan itu, tertuduh didakwa di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dihukum dengan hukuman sebatan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 oleh seorang penjamin dan menetapkan 28 September depan bagi tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!