Penolong pegawai pendidikan daerah ditahan SPRM

No Image Caption
A
A
A

SANDAKAN - Seorang penolong pegawai pendidikan daerah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya bagi melantik syarikat milik anak saudaranya dalam tender kantin sebuah sekolah bernilai RM50,000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata, suspek lelaki berumur dalam lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Sabah cawangan Sandakan kira-kira 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan berhubung kes tersebut.

"Tender tersebut bagi tempoh tiga tahun sekitar Disember 2015 hingga November 2018.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karunanithy berkata, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam tempoh terdekat. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!