Singapura tarik balik produk kuih bulan dari Malaysia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
SINGAPURA - Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengesan kehadiran E. Coli, melebihi had mikrob yang dibenarkan seperti termaktub dalam Peraturan Makanan Singapura dalam produk kuih bulan yang diimport dari Malaysia.

Sebagai langkah berjaga-jaga, SFA telah mengarahkan pengimport, Easy Mix Pte Ltd, untuk menarik balik produk terbabit - My Mum’s Cookies Premium Mao Shan Wang Snowskin Mooncake (Vegan) dari pasaran.

"Langkah untuk menarik balik produk itu sedang dilakukan,” menurut SFA di laman Facebooknya pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!