Menteri Kesihatan Indonesia positif Covid-19
Budi, 58, dilaporkan dalam keadaan sihat, serta telah lengkap dua dos vaksin dan menerima suntikan penggalak, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Walaupun vaksinasi tidak menjamin seseorang itu bebas sepenuhnya daripada Covid-19, ia sangat berkesan untuk mencegah gejala teruk dan kemasukan ke hospital, menurut kementerian itu.
Presiden Joko Widodo melantik Budi sebagai Menteri Kesihatan pada 23 Disember 2020, menggantikan Terawan Agus Putranto.
Indonesia mencatatkan 2,871 kes jangkitan Covid-19 pada Isnin sekali gus menjadikan jumlah kumulatif mencecah 6,349,175. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!