Abdul Hadi hadir beri keterangan di Bukit Aman

Abdul Hadi - Foto Bernama
Abdul Hadi - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Isnin bagi membantu siasatan susulan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, Abdul Hadi bersama peguamnya telah hadir ke Bukit Aman serta memberikan kerjasama sepanjang sesi rakaman keterangan berlangsung.

"Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Abdul Hadi.

Sebanyak 28 laporan polis diterima berhubung kenyataan Abdul Hadi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!