JDT terus gah di persada liga

Bergson diasak dua pemain Melaka United pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin. - Foto Bernama
Bergson diasak dua pemain Melaka United pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus gah di persada liga apabila menewaskan Melaka United FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Isnin.

Kemenangan ke-13 liga itu membolehkan JDT yang mengharungi 15 perlawanan melebarkan jurang mata dengan pesaing terdekat, Sabah FC.

Sabah FC di tangga kedua mengumpul 35 mata selepas mengharungi 16 perlawanan - tujuh mata di belakang JDT (41 mata).

Tiga mata di laman Harimau Selatan itu juga mengekalkan rekod tanpa kalah anak buah Hector Bidoglio dalam pemburuan kejuaraan kali kesembilan liga.

Tuan rumah yang menguasai perlawanan mendahului babak pertama memulakan kempen gol menerusi Fernando Forestieri pada minit ke-13 yang gagal dijangkau penjaga gol Melaka United, Bryan Lee.

JDT terus garang apabila Bergson Da Silva meledak dua lagi gol pada minit ke-32 dan 42 bagi mendahului skuad Mohd Asri Ninggal 3-0 di separuh masa pertama

Babak kedua, JDT meningkatkan asakan bertali arus ke arah skuad Hang Tuah bagi menguji sekali lagi penjaga gol Melaka United, Bryan See.

Bergson sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pelawat apabila meledak gol keempat JDT pada minit ke-85 selepas menyudahkan hantaran Syafiq Ahmad untuk gol ke-20 liga.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!