Operotar sampah haram akan didakwa

Pegawai penguatkuasa Perbadanan SWCorp menahan sebuah lori yang cuba membuang sampah di tapak pelupusan haram di Kampung Bukit Nangka di sini, hari ini.
Pegawai penguatkuasa Perbadanan SWCorp menahan sebuah lori yang cuba membuang sampah di tapak pelupusan haram di Kampung Bukit Nangka di sini, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Operator yang membuka tapak pelupusan haram di Kampung Bukit Nangka akan didakwa dalam tempoh sebulan selepas ditangkap baru-baru ini.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid berkata, pendakwaan itu akan dibuat selepas mendapat izin daripada Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurutnya, penangkapan terhadap sebuah syarikat yang bertanggungjawab ke atas tapak pelupusan garam itu, hasil operasi yang dijalankan oleh pihaknya tahun lalu.

“Kita berjaya membuat tangkapan kepada syarikat terbabit di atas kesalahan membenarkan longgokan sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran.

"Kertas siasatan sudah dibuka bagi kesalahan membuang sampah secara haram di tapak dan tindakan undang-undang akan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kertas siasatan dalam peringkat semakan Bahagian Undang-Undang dan dijangka akan didakwa ke mahkamah dalam tempoh satu bulan.

Sharudin berkata, syarikat terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Kesalahan terbabit memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

“Kita sudah memasang tali pita kuning dan papan tanda larangan membuang sampah di tapak berkenaan dan akan menjalankan pemantauan secara berkala,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!