Aaron-Wooi Yik waspada

Aaron (kanan) dan Wooi Yik sedar setiap rentak permainan mereka pada kejohanan mendatang akan menjadi perhatian pihak lawan.
Aaron (kanan) dan Wooi Yik sedar setiap rentak permainan mereka pada kejohanan mendatang akan menjadi perhatian pihak lawan.
A
A
A

BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersedia menempuh perjalanan yang sukar dalam setiap kejohanan yang disertai selepas bergelar juara dunia.

Aaron dapat menjangkakan cabaran pada masa akan datang yang pastinya 'diintai' pihak lawan yang mahu mencari titik kelemahan dan bermula sekarang, mereka perlu memperkemaskan diri.

“Saya fikir di masa depan, ia akan menjadi lebih sengit kerana apabila menjadi juara, semua orang akan menganalisis permainan kamu.

“Kamu perlu lebih bersedia dengan gandingan sedang meningkat naik kerana mereka pasti akan melihat kamu. Oleh itu, kami perlu bersiap sedia untuk semua kejohanan,” kata Aaron.

Aaron-Wooi Yik melakar sejarah gemilang buat negara apabila menamatkan penantian 45 tahun gelaran dunia sulung Malaysia di pentas Kejohanan Dunia selepas mengalahkan pasangan berpengalaman dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14.

Kejayaan di bumi Tokyo, Jepun itu juga menamatkan kemarau gelaran yang dialami mereka sejak digandingkan bersama pada tahun 2017.

“Walaupun kami sudah dapat gelaran juara dunia tetapi apa yang boleh dikatakan, kami mempunyai lebih tekanan untuk mencipta keputusan lebih baik untuk diri sendiri.

“Apapun, kami akan terus fokus dengan apa yang kami lakukan serta apa sasaran seterusnya buat kami,” ujar Aaron.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!