Pengantin wanita Palestin ditahan Israel pada majlis kahwin

Pengantin wanita Palestin (tengah) yang namanya tidak didedahkan telah dibebaskan pada Ahad lalu di Israel. - Foto Arab48
Pengantin wanita Palestin (tengah) yang namanya tidak didedahkan telah dibebaskan pada Ahad lalu di Israel. - Foto Arab48
A
A
A

ARRABA - Polis Israel bertindak menahan seorang pengantin wanita Palestin di bandar Arraba semasa majlis perkahwinannya untuk disoal siasat pada Ahad lalu, menurut seorang peguam belanya.

Peguam belanya, Shadi Thabbah yang bercakap kepada media Palestin, Shadi Thabbah berkata, anak guamnya yang namanya tidak didedahkan itu dibawa oleh polis rejim Zionis ketika dia masih memakai pakaian pengantin berwarna putih.

Serbuan itu dibuat di majlis perkahwinannya di Arraba, utara Israel yang mempunyai ramai penduduk Palestin.

Satu rakaman video yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan pengantin perempuan itu diiringi oleh anggota-anggota pihak berkuasa negara haram Israel ke dalam kenderaan polis.

Thabbah menyatakan bahawa polis rejin Zionis menahan anak guamnya selama beberapa jam atas alasan mengganggu siasatan sebelum dibebaskan dan kemudian diletakkan di bawah tahanan rumah selama lima hari.

"Saya tidak faham penyiasatan mana yang diganggu oleh pengantin perempuan. Pengantin lelaki tidak hadir dan dia tidak ditahan, jadi apakah siasatan yang dibincangkan oleh polis?" kata Thabbah kepada laman berita Al-Jarmaq News.

Menurut laman berita Arab48, polis memberitahu bahawa pengantin lelaki telah ditangkap pada minggu lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Majistret Acre dengan syarat dia tidak memasuki Arraba.

Polis rejim Zionis kemudian berkata bahawa pengantin perempuan dibawa untuk disoal siasat tanpa niat untuk menangkapnya.

Artikel Berkaitan:

Susulan penahanan itu, pasukan polis menggunakan bom yang kurang membawa maut dan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang membantah tindakan itu.

Menurut Thabbah, kira-kira 150 anggota polis Israel mengambil bahagian dalam serbuan itu menyebabkan suasana panik berlaku dalam kalangan tetamu perkahwinan.

Peguam itu turut mengkritik polis kerana melakukan penahanan secara sewenang-wenangnya dengan menyatakan ia dilakukan untuk menutup penilaian salah oleh pihak polis bahawa pengantin lelaki berada di sana.

Thabbah berkata, satu aduan mengenai salah laku polis Israel akan difailkan kerana menggunakan kekerasan berlebihan tanpa alasan yang munasabah ke atas anak guamnya itu. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!