'Mesyuarat MPN semalam mungkin kali terakhir'

Foto bersama anggota MPN lain yang menghadiri mesyuarat berkenaan pada Isnin yang dikongsi dikongsi Wong Chen di Twitternya pada Selasa.
Foto bersama anggota MPN lain yang menghadiri mesyuarat berkenaan pada Isnin yang dikongsi dikongsi Wong Chen di Twitternya pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) semalam (Isnin) mungkin menjadi mesyuarat terakhir badan itu kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menerusi ciapan di Twitternya pada Selasa berkata, beliau menghadiri mesyuarat itu yang diadakan di Kementerian Kewangan (MoF), Putrajaya.

"Suasana (mesyuaratnya) agak pelik kerana agak riang dengan banyak gambar tidak rasmi diambil.

"Seseorang menyatakan bahawa ini mungkin mesyuarat terakhir MPN kerana pilihan raya mungkin tidak lama lagi," katanya.

Menerusi ciapan itu, beliau turut berkongsi foto yang diambil bersama anggota MPN lain yang menghadiri mesyuarat berkenaan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Pada Sabtu lalu dilaporkan semua parti gabungan utama di negara terutama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU15.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!