Yibing pahat sejarah baharu China

Yibing membanggakan China apabila muncul atlet pertama dalam tempoh 63 tahun menang perlawanan Grand Slam di AS pada Selasa. - Foto Agensi
Yibing membanggakan China apabila muncul atlet pertama dalam tempoh 63 tahun menang perlawanan Grand Slam di AS pada Selasa. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN tenis sensasi, Wu Yibing muncul atlet China pertama dalam tempoh 63 tahun menang perlawanan Grand Slam selepas menyingkirkan pilihan ke-31, Nikoloz Basilashvili di Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

Pemain muda berusia 22 tahun itu, menang 6-3, 6-4, 6-0 dalam aksi pembukaan, meledak sembilan ace ketika mengatasi lawan dari Georgia itu.

"Gembira dan puas tetapi masih banyak lagi perlawanan menunggu," kata Wu kepada atptour.com.

Legenda tenis, Mei Fu Chi adalah pemain lelaki China terakhir menang perlawanan kejohanan utama iaitu ketika Wimbledon pada 1959.

Pemain yang menduduki ranking ke-174 dunia dan mara menerusi kelayakan juga merupakan atlet China pertama menang perseorangan Terbuka AS sejak Cheng Guy pada 1935.

Yibing memberitahu, hanya mahu fokus dan menikmati perlawanan tanpa memikirkan keputusan yang bakal diperoleh selepas tamat aksi.

“Pada set ketiga saya tak tahu sama ada dia cedera atau tidak. Saya hanya cuba mengembalikan bola dengan sebaiknya dan kekal fokus, tidak fikir menang atau kalah.

“Itu sebabnya saya fikir tidak terlalu emosi dan kekal tenang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Yibing merupakan juara junior pada 2017 di New York, tetapi karier profesionalnya kerap dibelenggu kecederaan dan tersisih antara Mac 2019 sehingga Januari 2022.

Dia menduduki ranking terendah 1,869 pada Mac lalu, tetapi ketika ini menang 14 perlawanan berturut-turut.

Yibing akan menentang pemain kelayakan dari Portugal, Nuno Borges yang menewaskan pemain wild card dari AS, Ben Shelton 7-6(8/6), 3-6, 7-6 (5/7), 6-7 (8/10), 6-3.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!