[VIDEO] Surah Al-Sajdah bergema di Masjid Taman Industri Sri Sulong

Malaysia #QuranHour peringkat negeri Johor di Masjid Taman Industri Sri Sulong, Batu Pahat.
Malaysia #QuranHour peringkat negeri Johor di Masjid Taman Industri Sri Sulong, Batu Pahat.
A
A
A

BATU PAHAT - Bacaan Surah Al-Sajdah bergema di Masjid Taman Industri Sri Sulong dengan kehadiran lebih 600 peserta menyertai program Malaysia #QuranHour 2022 yang diadakan secara serentak di seluruh negara pada Selasa.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh imam masjid, Ahmad Hashim Ahmad Sabri diikuti bacaan Surah Al- Sajdah oleh guru ta’mir negeri Johor, Mohd Khalid Sujud.

Md Yusof
Md Yusof

Pengerusi Rumah Ngaji Johor, Md Yusof Jamar berkata, ini merupakan kali pertama Malaysia #QuranHour diadakan di Batu Pahat dengan pemilihan Masjid Darul Salam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah.

"Peserta yang hadir bukan sahaja dari Batu Pahat, ada yang datang dari Johor Bahru dan Kluang. Masing-masing cukup teruja untuk menyertai Malaysia #QuranHour yang diadakan serentak di seluruh negara menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

"Penganjuran program seumpama ini cukup baik untuk masyarakat mendekati al-Quran dengan membaca, memahami dan menghafalnya," katanya.

Pada majlis itu seramai sembilan qari dan seorang pentadabbur menyampaikan Surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Altirah
Altirah

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, peserta Altirah Baharin, 29, gembira dan bersyukur kerana dapat menyertai Malaysia #QuranHour di Batu Pahat.

"Saya datang dari Gelang Patah untuk program ini. Sudah tiga tahun saya aktif bersama Rumah Ngaji.

"Banyak manfaat saya peroleh daripada program ini selain dapat meningkatkan ilmu dan membaiki bacaan Al- Quran," ujarnya.

Azhar
Azhar

Bagi, Azhar Nasran, 62, pula mengakui Malaysia #QuranHour cukup baik dalam menarik minat masyarakat.

"Surah Al-Sajdah yang dipilih mempunyai makna cukup mendalam. Ia mengajar kita semua sama-sama bersujud dalam tidak sombong serta bersabar," jelas Azhar.

Za'aba Ibrahim, 51, berkata, kehadirannya ke Batu Pahat untuk menyertai Malaysia #QuranHour peringkat negeri.

"Ini kali kedua, selepas penyertaan program Word#QuranHour di Machap pada Mac lepas.

"Program Malaysia #QuranHour ini dapat membentuk kesedaran dalam diri melalui bacaan ayat suci al-Quran seterusnya membentuk iman," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!