Skygear kukuh jenama, bakal taja TRW
Jenama Skygear, salah satu laman fesyen dalam talian untuk pakaian kasual lelaki dan wanita kini merancang mengembangkan lagi pasarannya di dalam negeri dan seluruh dunia.
Ditubuhkan lebih setahun lalu, Skygear terus aktif melakukan jualan menerusi pangkalan dalam talian termasuk laman sosial dan membuka pusat operasinya di Setia Alam, Selangor.
Kemunculan jenama Skygear tepat pada masanya apabila pelbagai jenama terkemuka luar negara yang seumpamanya dilaporkan terus mencatat pertumbuhan menggalakkan kebelakangan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Skyrian Sdn Bhd, Nik Hafiz Naim Nik Hassan berkata, selaras dengan perkembangan ini, syarikatnya berhasrat menempatkan Skygear pada kedudukan yang kukuh dalam industri.
Jelasnya, bagi mengukuhkan jenamanya di pasaran tempatan Skygear sudah mempunyai 50 pengedar di seluruh negara sejak jenama itu mula diperkenalkan pada Februari 2021.
Menurutnya, sehingga Ogos tahun ini Skygear sudah mengeluarkan 11 koleksi dengan pelbagai pilihan warna malah sedang berunding untuk menjadi penaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) bagi sesi 2023.
"Kelebihan pakaian keluaran Skygear adalah kepada rekaannya yang mempunyai kata-kata positif pada baju untuk memberikan inspirasi kepada pemakainya dan kepada orang yang melihat.
"Memperkenalkan inspirasi sebagai tema tahun ini, tulisan pada baju seperti 'your only limit is your mind', 'born to be awesome', 'stay positive, work hard' dan pelbagai lagi kata-kata inspirasi bertujuan menaikkan semangat setiap hari.
"Kenapa baju? Ini kerana ia paling dekat dengan seseorang dan mampu memberi inspirasi sepanjang hari bagi orang yang memakai dan melihatnya. Oleh itu, timbul idea untuk meletakkan kata-kata positif sebagai tema tahun ini," katanya.
Nik Hafiz Naim berkata, selain baju dengan kata-kata inspirasi yang dijual bermula pada harga RM69.90, Skygear turut menghasilkan topi, kemeja, beg dan lain-lain aksesori bagi lelaki dan wanita.
"Dalam masa setahun di pasaran, kita mendapat respons yang baik daripada pelanggan dan mereka berpuas hati dengan produk kerana selesa dan ringan serta bersifat kasual lebih kurang sama seperti jenama Uniqlo.
"Jualan juga memberangsangkan dan kita menyasarkan nilai jualan mencecah RM1 juta pada akhir tahun ini dan akan berusaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.
Pelbagaikan koleksi
Dalam pada itu, Nik Hafiz Naim berkata, jenama Skygear juga akan menghasilkan lebih banyak koleksi memandangkan koleksi sedia ada sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
"Alhamdulillah, sehingga kini sudah banyak koleksi yang dikeluarkan. Untuk pakaian, kami memberi keutamaan kepada keselesaan pengguna semasa memakainya.
"Oleh sebab itu, kami di Skygear sangat menitikberatkan kualiti material produk kami. Pakaian jenama Skygear ini menggunakan fabrik yang premium dan 100 peratus 'cotton'," kata usahawan berusia 46 tahun ini.
Skygear muncul ketika jenama sedia ada mula mempelbagaikan sasaran pasaran selepas industri itu bergerak agak perlahan sepanjang tempoh Covid-19 melanda dua tahun lalu.
Namun, tidak mustahil dengan perancangan yang baik dari segi pemasaran dan promosi mampu membawa Skygear lebih jauh setanding jenama kasual bertaraf antarabangsa yang lain.
Beliau mengalu-alukan orang ramai kunjungi laman sesawang www.skygear.com.my dan di Facebook Skygear serta di IG @skygearofficials.baju untuk mendapatkan baju dengan kata-kata inspirasi serta pelbagai produk lain di bawah jenama Skygear.
Info Skygear:
- Skygear kini mempunyai 50 pengedar di seluruh negara sejak jenama itu mula diperkenalkan pada Februari 2021.
- Sehingga Ogos tahun ini, Skygear sudah mengeluarkan 11 koleksi dengan pelbagai pilihan warna.
- Menyasarkan nilai jualan mencecah RM1 juta pada akhir tahun ini.
- Semua produk di bawah jenama Skygear boleh didapati di www.skygear.com.my dan di Facebook Skygear serta di IG @skygearofficials.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!