Pengalaman tewas di ACL jadikan JDT makin matang

ISKANDAR PUTERI, 29 Ogos -- Pemain JDT Leandro Sebastian Velazquez mengasak pemain Melaka United Muhammad Fadhil Idris pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim hari ini.
Kedudukan separuh masa pertama JDT 3-0 Melaka United.
--fotoBERNAMA(2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
ISKANDAR PUTERI, 29 Ogos -- Pemain JDT Leandro Sebastian Velazquez mengasak pemain Melaka United Muhammad Fadhil Idris pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Kedudukan separuh masa pertama JDT 3-0 Melaka United. --fotoBERNAMA(2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menyifatkan kekalahan di tangan Urawa Red Diamonds di Liga Juara-Juara AFC banyak memberi pengalaman kepada pasukannya untuk mencapai kemenangan ke atas Melaka United di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Argentina itu masih belum berpuas hati di sebalik kemenangan besar 4-0 itu sambil mengakui masih ada kelemahan harus diperbaiki bagi memastikan momentum permainan tidak terjejas.

“Sudah tentu kekalahan di Jepun sangat memeritkan. Situasi itu akan menjadikan kami lebih berkembang dan lebih menjadi pasukan yang lebih baik.

“Hari ini adalah satu kemenangan yang baik dalam liga dan kami mengambil apa yang terjadi di Jepun sebagai penambahbaikan dan pengalaman buat kami.

“Kami gembira dengan kemenangan ini. Kami gagal bermain seperti yang kami mahukan pada peringkat awal tetapi selepas gol pertama ia berubah,” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Melaka United di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.

Pada aksi tersebut, penyerang import JDT, Fernando Forestieri memulakan pesta gol selepas meledak gol pada minit ke-13 sebelum Bergson Da Silva merekodkan hatrik untuk menamatkan malam gemilang buat pasukan Harimau Selatan.

Dalam pada itu Bidoglio turut menepis dakwaan bahawa penjaga gol utama JDT, Farizal Marlias tidak diturunkan pada perlawanan tersebut gara-gara prestasi yang kurang memuaskan ditampilkan pemain itu ketika pasukannya tewas besar 0-5 kepada Urawa Red Diamonds baru-baru ini.

"Farizal tetap penting untuk kami bagi mengawal gawang JDT. Sudah menjadi lumrah ada rombakan kecil bukan sahaja di posisi penjaga gol malah semua posisi juga akan ada rombakan dan saya senaraikan Haziq kerana dia juga perlukan minit permainan.

Artikel Berkaitan:

"Saya ambil keputusan menyenaraikan Haziq kerana ia peluang terbaik buat dia beraksi menentang Melaka United kerana jika berlaku perkara tidak diingini kepada Farizal, maka Haziq yang ada minit permainan akan bersedia diturunkan," kata Bidoglio.

Sementara itu, Jurulatih sementara Melaka United, Asri Ninggal memberi alasan ketiadaan pemain import dalam pertemuan menentang JDT pada Isnin menjadi punca pasukannya dilihat kurang berkesan dalam perlawanan itu.

“Sudah semestinya bila ada pemain import pasukan akan lebih kuat dan tiada pemain import, kami kurang kekuatan.

“Menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim bukannya mudah dan mereka juga nak menang. Kami mempunyai beberapa peluang tetapi gagal untuk menyempurnakannya,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!