'Saya tidak sewenangnya guna dana Yayasan Akalbudi'

Ahmad Zahid (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadapi perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram pada Selasa.
Ahmad Zahid (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadapi perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, bahawa beliau tidak menyeleweng-wenangnya menggunakan dana Yayasan Akalbudi meskipun bertindak sebagai pengasas badan kebajikan itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh peguam Hamidi Mohd Noh dalam prosiding kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Ahmad Zahid berkata, penggunaan dana untuk sebarang aktiviti perlu mematuhi Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) atau objektif Yayasan Akalbudi.

“Walaupun Yayasan Akalbudi diinisiatifkan oleh saya, tetapi saya terikat dengan M&A sepenuhnya, saya ikut perlembagaan badan kebajikan itu tanpa konflik kepentingan,” katanya.

Ahmad Zahid juga berkata ‘tepat sekali’ apabila ditanya oleh peguamnya, bahawa penggunaan dana yayasan bukan untuk keperluan peribadinya.

Ahmad Zahid (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadapi perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram pada Selasa.
Ahmad Zahid (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadapi perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram pada Selasa.

Ketika ditanya oleh seorang lagi peguamnya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Presiden UMNO itu berkata, bekas Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad, Chew Ben Ben menyerahkan cek mencecah jutaan ringgit bagi tujuan sumbangan peribadi.

Ahmad Zaidi: Berkenaan derma politik, semasa Ben Ben atau (saksi pendakwaan ke-32) bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datasonic Group Berhad, Datuk Abu Hanifah Noordin serahkan cek kepada Datuk Seri, pada cek itu tertera sumbangan politik sahaja atau sumbangan politik UMNO?

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid: Sumbangan politik.

Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!