Petronas berada pada kedudukan terbaik: CEO
Petronas
A
A
A
Dalam kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata Asia memerlukan tenaga bersih untuk memacu pertumbuhannya, dan LNG berada pada kedudukan baik sebagai sumber tenaga paling singnifikan kerana bekalannya banyak, mesra alam dan berdaya saing dari segi ekonomi.
Beliau berkata demikian semasa sesi sidang pleno bertajuk 'Pasaran Baharu LNG’ di Persidangan & Pameran Antarabangsa Gas Asli Cecair (LNG) 2019 di Shanghai.
"Sejak kargo LNG yang pertama pada 1964, permintaan global untuk LNG telah mencecah rekod 300 juta tan setahun (mtpa) untuk kali pertama pada 2018, dan kini dijangka meningkat sebanyak 100 mtpa lagi dalam jangka tempoh hanya empat tahun.
“Pertumbuhan ini mencerminkan aspirasi global negara dalam mengejar kemakmuran sambil memastikan kemampanan, seterusnya memacu permintaan tenaga bersih,” katanya.
Wan Zulkiflee juga berkongsi pemerhatiannya mengenai landskap baharu permintaan LNG yang dipenuhi oleh keperluan tenaga masa depan China, kemudahan terhad dalam kawasan yang belum diteroka di benua India dan ASEAN serta mewujudkan hub perdagangan hasil pembangunan pasaran sasaran.
Beliau bagaimanapun berkata permintaan ini hanya dapat dipenuhi sepenuhnya menerusi kerjasama erat antara kerajaan dan pemain industri dalam mewujudkan persekitaran pasaran yang mampan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!