Pembantu penguat kuasa dipenjara 14 hari, denda RM10,000

Tertuduh (tengah) dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000.
Tertuduh (tengah) dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pembantu penguat kuasa dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada peniaga-peniaga vape sekitar Rembau.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Norhisham Saharuddin, 49, selepas dia membuat pengakuan bersalah pada Selasa.

Mahkamah menetapkan tertuduh dipenjara 14 hari bermula tarikh dia ditangkap pada 24 Ogos lalu dan jika gagal membayar denda boleh dipenjara selama lima bulan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai pembantu penguat kuasa Gred KP22 di Majlis Daerah Rembau telah meminta dan menerima wang berjumlah RM1,050 daripada peniaga-peniaga kedai vape sekitar Rembau.

Perbuatan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang iaitu mengeluarkan saman kepada pemilik kedai atas kesalahan berniaga tanpa lesen.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Rembau antara tahun 2020 sehingga 2022.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!