Muhyiddin beriya sebab kuasa, bukan untuk rakyat: Rafizi
30 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 30 OGOS 2022
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyanggah kenyataan yang dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa gabungan tersebut mahu bekerjasama dengan PH demi masa depan negara.
Rafizi mendakwa, bekas perdana menteri itu beriya-iya mahu kerjasama berkenaan semata-mata demi kepentingan peribadi dan kuasa.
Beliau juga menegaskan keputusan Majlis Presiden PH yang menoktahkan sebarang perbincangan dengan PN adalah rasmi dan muktamad.
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa